-->

Tuesday 5 June 2012

churp churp

kenet baru je lepas join CHURP CHURP nh. kawan kawan ramai dah dapat duit dengan cara nh. korang korang boleh join skali. just klik kat link nh

CHURPCHURP.COM

then sign up and share dekat twitter blog or facebook korang. :)
senang je. try lah. :)


senyum selalu 
kenet :)



Monday 7 May 2012

Tips Untuk Beli Phone Blackberry

Hye assalamualaikum. untuk entry kali nh kenet nak share sikit tips untuk beli phone. kenet penah menjadi pengguna bb before but after 7 8 bulan macam tu, berubah menjadi pengguna phone biasa sebab bb lama tu rosak memacam. mula mula lcd pecah, lepas tu battery problem, and then ic rosak until la terus tk boleh guna. huhuh. *nampak macam ganas kan* haha okay sebenarnya dulu kenet nh noob sikit pasal bb, so main beli je. taktahu info pape. tau nak bbm je.


nh second time, beli new bb. so before beli tu mmg kenet buat research satu hari suntuk pasal phone bb nh. yela taknak tertipu untuk kali kedua. so, kenet ada jumpa satu blog nh, nama dia asyraf. dia yang bg tips untuk beli bb nh. and kenet guna tips tu. skrg rasa puas hati sebab tak kene tipu lagi. so kenet nak berkongsi tips yg sama untuk kawan kawan kenet. supaya tak tertipu juga. yela nak beli barang yang mahal bukan murah, penting pulak tu. kan kan. :)

here some tips.

1) JANGAN BELI BLACKBERRY AP SET
sebab apa? sebab korang akan membazirkan duit korang beli ap set and senang senang je kene tipu macam tu. penjual penjual phone nh memang mulut manis, diorang akan selalu cadangkan kita beli Blackberry AP set.  dan diorang akan membandingkan Blackberry AP set dengan Brightstar. kononnya, AP set dengan Brightstar takde beza melainkan warranty dan AP set lebih murah dah kita ada jimat dalam RM50 - RM200. TOLONG TOLONG jangan sesekali korang percaya and terpedaya dengan kata kata penjual phone nh. kebanyak AP set yang ada dekat Malaysia nh kesemuanya adalah phone recon. Recon nh barang terpakai yang dibarukan. kebanyakkan phone recon nh diorang tipu pelanggan dan katakan ianya phone AP set. dan kalau korang nak tau Blackberry AP set nh ialah Blackberry yang terpakai dari luar negara ataupun dalam negara dan ianya digantikan dengan cover dan kotak sebelum dijual serta nombor siri juga ditampal pada kotak dan lengkap dengan segala aksesori dengan harga yg baru.

2) BLACKBERRY AP SET MENGGUNAKAN BARANGAN TIRUAN
kalau korang nak tau, Blackberry AP set nh semuanya gunakan barangan palsu. contoh seperti cover, qwerty keypad, trackpad, charger, battery, earphone, semuanya tiruan punya. and bungkin juga ada beberapa kerosaakkan sama ada sudah dibaiki dengan komponen tiruan atau tidak dibaiki pun. semua barang barang ini cepat rosak dan tak sama kualiti seperti yang original. jika dibuat kira kira setia barangan tiruan ini korang nak ganti dengan beli barang original secara berasingan sudah pasti boleh cecah ribuan ringgit. (jika anda dpt *AP SET YG SEBENAR* tak mengapa kerana ianya original bezanya cuma warranty sahaja)


nh perbezaan wayar untuk charger Blackberry AP set (belah kiri gambar) dan Original Brightstar (kanan) 



3) BRIGHTSTAR IALAH PILIHAN YANG TEPAT
Brightstar nh pengedar sah Blackberry di Malaysia. segala aksesori adalah barang original dan phone belom digunakan lagi, maknanya kalau korang beli original brightstar, korang adalah pemilik yang pertama. walaupun harga dia mahal sedikit tetapi korang terjamin 100 % baru dan original. selain itu korang boleh membeli Blackberry daripada celcom atau digi.

4)  JANGAN BAYAR DAHULU
nh lagi satu benda penting yang korang kene buat. masa nak beli phone, selalunya penjual penjual phone nh akan minta kita bayar dulu sebelum mereka mengambil phone di tempat lain, so kalau boleh, JANGAN BAYAR even SATU SEN pun selagi phone tu takde depan mata korang. sebab korang takan dapat nak check keadaan phone tu. kalau dh bayar jangan harap la nak dapat duit balik kan ? nnti alasan bodoh je yang korang akan dpt.

5) PERIKSA BUYER'S REMORSE UNTUK PASTIKAN ITU BLACKBERRY BARU YANG BELUM DIGUNAKAN LAGI

here some tips how to check
  • untuk Blackberry OS5 pergi ke Option > Status
  • untuk Blackberry OS6 dan OS7 pergi ke Option > Device > Device & Status Information
kat  sini takda tunjuk data usage ngan voice usage. so korang kene taip B U Y R then baru semua terkeluar. tekan huruf tu satu satu.


phone yang masih baru dan belum digunakan data usage dan voice usage dia ialah 0



nh contoh kalau phone sudah digunakan dan bukan baru

okay nh je tips tips yang penting kenet nak kongsi dengan kawan kawan, supaya korang semua tak tertipu. bagi pengguna baru Blackberry, gunalah tips nh before membeli bb tu :) sebenarnya banyak lagi perbezaan dia. tapi kenet just kongsi apa yang penting sahaja. :) 

tak semua tempat menipu menjual phone nh. ada je yang meniaga secara jujur. so kat mana mana pun kedai yang korang nak beli nanti check dulu sebelum beli okay. berhati hati dan jangan la tertipu okay? :) 

senyum selalu
Kenet (o.o)